Tuesday 9 August 2011

'Serangan Jais' Ke Atas Gereja:Tanya Diri Kita Dulu!


 Saya belum ingin mengulas tentang ‘serangan’ atau serbuan JAIS ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan ‘serangan’ itu. Cumanya, seperti mana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah. Saya ingin menyentuh tentang orang-orang Islam yang hadir ke majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka. Difahamkan bahawa orang-orang Islam yang hadir, terutama ibu-ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa ‘jatuh hati’ dan ‘terhutang budi’. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan.


1)ke mana perginya wang zakat kita?Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun,apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta 'sedekah' pada orang lain?


2)Mengapa karenah birokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat?Semua org yg pernah berurusan dengan hal ini akan ada pengalaman mereka sendiri.Untuk mendapatkan RM200-RM100 pun begitu banyak songehnya..Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah,gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih.Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar...tetapi tiada kesungguhan yg memadai untuk mencari penerima yang layak?


3)Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam.Sebab itu ada hak untuk golongan muallaf.Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini sehingga yang sudah muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat!


4)Bukan sesuatu yang haram untuk seseorg muslim menerima bantuan daripada bukan muslim.Apatah lagi jika mereka dalam kesusahan yang amat.Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.


5)Jika dibincangkan disudut bantuan,pada asanya kita tidak boleh menyalahkan org lain kerana memberikan bantuan.Adalah menjadi hak setiap org untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yg mereka mahu.Selagi mengikut peraturan dan undang2,seseorg boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa.Janganlah jika kita gagal membantu,sedangkan kita mampu...kita menyalahkan org lain yang membantu..


6)Setiap org akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya.Itu fitrah manusia.Jika dia lemah iman,mungkin agamanya juga diserahkan.Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik,itu sesuatu yang tidak pelik.Namun yang pelik,bagaimana dalam negara Islam,umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat muslim.Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain.Apakah slogan-slogan agama kita selama ini hanya seperti lipstick untuk mencantikkan bibir..lame2 akan pudar?


Maka banyak persoalan perlu masyarakat muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan org lain.Tabiat menuding jari kepada org lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!




Wednesday 13 July 2011

Breakfast pagi di Rafi,Shah Alam

Hafizhai semekom...mcm biasalah..lepas deliver santan kat area2 TTDI ni..aku singgah solat jap kat surau sec 13...then aku ngan cousin aku,Joe makan kat Rafi yang terletak di Shah Alam..ape yg menarik kat Rafi ni pun aku tak tahu...sejak minggu lps aku dan Joe akan 'pukul laju' atau @ breakfast bersama seorg cousin aku lagi..dia kerja kat sec 9....dia buat travel agency untuk org2 gi Umrah...boy nama dia...rutin harian kehidupanku mcm nilah...takderlah sekaya businessman2 lain kat luar sana tu...tak lame lagi kot....hehehe!tapi pelbagai rintangan yg aku hadapi untuk wat biz ni...aku berhenti kerja tuk wat biz ni bersama kwn2 aku yg sama tempat kerja dgn aku...asalnya biz ni dicadangkan cousin aku yg sekarang ni business partner aku..tapi masa dia cadangkan tu..tak nmpk pun ape next step dia...bagi aku,semua org boleh bagi idea tapi untuk melaksanakannya mmg perlukan semangat yg kental..so aku nmpk biz ni mmg boleh berjaya...aku buka buat bizz santan ni pada 4 April 2011..Joe akhirnya buat keputusan untuk berhenti kerja dan sanggup mengeluarkan seberapa modal tuk bizz ni..member2 sekerja aku hanya nak kerja dan mkn gaji..aku mmg prefer org yg sanggup tabur duit sikit dari bekerja ngan aku sbb kalau diaorg tak tabur duit..takut nnti mereka hanya hangat2 tahi ayam ajer...mmg betul pun ape yg aku duga...tak sampai 2 minggu..mcm2 kerenah aku nmpk..so dari berempat...tinggallah aku ngan Joe...sehingga ke hari ini..aku dan Joe telah berjaya supply santan ni kat seluruh TTDI Shah Alam even sebelum ni kedai2 yg aku supply dah ada supplier lain...maybe trademark santan aku yang tiada pengawet,tiada jelly dan ape2 campuran bendasing lain la buatkan mereka suka dengan santan aku walaupn kami baru jer menapak kat sini...especially thanks to kedai Lontong House yang memberi semangat dan kepercayaan kepada kami...




                                                                Boy (kiri) Joe(Kanan)

Bersih?

Baru2 ni dunia Malaysia digemparkan dengan isu tuntutan dari pertubuhan haram iaitu BERSIH..aku dan kawan2 turun kesana kerana ingin melihat suasana ketika berlakunya perhimpunan itu..diawal paginya jalan kelihatan agak sesak kerana terlalu banyak roadblock yang dibuat..aku pun pelik..untuk apa semua roadblock ni..??aku dapat tahu bahawa mereka mendapat arahan untuk menahan kesemua mereka yang menyertai perhimpunan ini...aku masih pelik..mcm mana aku tak pelik...sebelum itu Agung ada menitah agar kerajaan dapat menangani ketidakpuasan rakyat dengan bijak dan secara tidak langsung Agung membenarkan mereka berhimpun tetapi haruslah dilakukan dengan aman...tapi last minute permit ditarik balik...bagi aku..sekiranya kerajaan membenarkan mereka berhimpun distadium..maybe takderlah huru hara sangat...cuma
aku terkejut...amat terkejut dengan jumlah rakyat yang menyertai perhimpunan itu..mmg diluar jangkaan sampaikan aku tertanya2...polis buat roadblock betul2 ker..mcm mana mereka boleh menyelinap masuk..yang aku nampak..ada kaum wanita..kaum lelaki..org tua dan jugak kanak2...mmg ajaib!!berkali2 aku mendengar mereka melaungkan perkataan 'Bersih' dan juagk 'Selamatkan Negara'...kadang2 mereka ada menyanyikan lagu Negaraku..mmg nmpk mereka bersemangat patriotik...keadaan menjadi huru hara bila FRU melepaskan gas pemedih mata..mereka lari menjauhkan diri dari asap...mereka tak takut cuma mereka tidak tahan dengan asap yang dilemparkan FRU..ada yang mendakwa sampaikan mereka tidak boleh bernafas...aku yg amik pic dari jauh pun tak tahan bau asap tu even asapnya jauh dari aku apatah lagi mereka yang berada berdekatan dengan gas tu..sedang aku memetik gambar melihat suasana perhimpunan itu..aku ternampak ada seorang makcik dan anaknya cuba melarikan diri dari asap tetapi disebabkan asap yg telah meliputi segala ruang disitu..makcik tu maybe gabra dan tidak tahu nak menuju kemana...aku agak anaknya dalam linkungan 6-7 tahun..atas dasar simpati..aku dan kawanku meletakkan lensa kami dan terus menuju ke arah makcik tu...aku tarik makcik tu dan anaknya ketepi dan berikan dia sedikit air untuk membasuh muka dan garam untuk melancarkan pernafasan mereka..aku dapat formula tu pun dari mereka2 yang join perhimpunan tu...cuma the moral of the story..aku nampak mereka saling bantu membantu...ada yang memarahi polis bila salah seorg peserta yang ditangkap...kesemua yg ada didalam perhimpunan itu merangkumi pelbagai kaum..ada india,cina dan melayu...andainya mereka2 yang terlibat semasa berlakunya rusuhan kaum pada 13 May tempoh hari..maybe mereka tak percaya melihat fenomena Bersih ni kerana keakraban diantara pelbagai kaum yang nampak jelas pada tempoh hari..aku tak memihak pada mana2 politik...cuma aku kagum dan nampak slogan yang dilaungkan oleh Najib yakni 1Malaysia mmg tercapai..cuma mereka yang datang ke perhimpunan tu bagi aku kalau ada lagi seperti ini..tak perlulah bawak anak mereka...mmg betul mereka tidak melakukan rusuhan tetapi mereka harus ingat..FRU yang akan merusuh mereka..aku berharap satu hari nanti Malaysia ni bebas dari politik kotor,tiada fitnah diantara satu sama lain...org melayu haruslah bersatu dan janganlah berbeza pendapat..sekiranya ada perbezaan pendapat..kita duduk semeja dan bermuafakat...sedih aku tengok org2 melayu yang tak tahu pasal politik ni saling caci mencaci di facebook,twitter dan jugak youtube...