Baru2 ni dunia Malaysia digemparkan dengan isu tuntutan dari pertubuhan haram iaitu BERSIH..aku dan kawan2 turun kesana kerana ingin melihat suasana ketika berlakunya perhimpunan itu..diawal paginya jalan kelihatan agak sesak kerana terlalu banyak roadblock yang dibuat..aku pun pelik..untuk apa semua roadblock ni..??aku dapat tahu bahawa mereka mendapat arahan untuk menahan kesemua mereka yang menyertai perhimpunan ini...aku masih pelik..mcm mana aku tak pelik...sebelum itu Agung ada menitah agar kerajaan dapat menangani ketidakpuasan rakyat dengan bijak dan secara tidak langsung Agung membenarkan mereka berhimpun tetapi haruslah dilakukan dengan aman...tapi last minute permit ditarik balik...bagi aku..sekiranya kerajaan membenarkan mereka berhimpun distadium..maybe takderlah huru hara sangat...cumaaku terkejut...amat terkejut dengan jumlah rakyat yang menyertai perhimpunan itu..mmg diluar jangkaan sampaikan aku tertanya2...polis buat roadblock betul2 ker..mcm mana mereka boleh menyelinap masuk..yang aku nampak..ada kaum wanita..kaum lelaki..org tua dan jugak kanak2...mmg ajaib!!berkali2 aku mendengar mereka melaungkan perkataan 'Bersih' dan juagk 'Selamatkan Negara'...kadang2 mereka ada menyanyikan lagu Negaraku..mmg nmpk mereka bersemangat patriotik...keadaan menjadi huru hara bila FRU melepaskan gas pemedih mata..mereka lari menjauhkan diri dari asap...mereka tak takut cuma mereka tidak tahan dengan asap yang dilemparkan FRU..ada yang mendakwa sampaikan mereka tidak boleh bernafas...aku yg amik pic dari jauh pun tak tahan bau asap tu even asapnya jauh dari aku apatah lagi mereka yang berada berdekatan dengan gas tu..sedang aku memetik gambar melihat suasana perhimpunan itu..aku ternampak ada seorang makcik dan anaknya cuba melarikan diri dari asap tetapi disebabkan asap yg telah meliputi segala ruang disitu..makcik tu maybe gabra dan tidak tahu nak menuju kemana...aku agak anaknya dalam linkungan 6-7 tahun..atas dasar simpati..aku dan kawanku meletakkan lensa kami dan terus menuju ke arah makcik tu...aku tarik makcik tu dan anaknya ketepi dan berikan dia sedikit air untuk membasuh muka dan garam untuk melancarkan pernafasan mereka..aku dapat formula tu pun dari mereka2 yang join perhimpunan tu...cuma the moral of the story..aku nampak mereka saling bantu membantu...ada yang memarahi polis bila salah seorg peserta yang ditangkap...kesemua yg ada didalam perhimpunan itu merangkumi pelbagai kaum..ada india,cina dan melayu...andainya mereka2 yang terlibat semasa berlakunya rusuhan kaum pada 13 May tempoh hari..maybe mereka tak percaya melihat fenomena Bersih ni kerana keakraban diantara pelbagai kaum yang nampak jelas pada tempoh hari..aku tak memihak pada mana2 politik...cuma aku kagum dan nampak slogan yang dilaungkan oleh Najib yakni 1Malaysia mmg tercapai..cuma mereka yang datang ke perhimpunan tu bagi aku kalau ada lagi seperti ini..tak perlulah bawak anak mereka...mmg betul mereka tidak melakukan rusuhan tetapi mereka harus ingat..FRU yang akan merusuh mereka..aku berharap satu hari nanti Malaysia ni bebas dari politik kotor,tiada fitnah diantara satu sama lain...org melayu haruslah bersatu dan janganlah berbeza pendapat..sekiranya ada perbezaan pendapat..kita duduk semeja dan bermuafakat...sedih aku tengok org2 melayu yang tak tahu pasal politik ni saling caci mencaci di facebook,twitter dan jugak youtube...

1 comments:
polis kejam!!!
Post a Comment