Saya belum ingin mengulas tentang ‘serangan’ atau serbuan JAIS ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan ‘serangan’ itu. Cumanya, seperti mana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah. Saya ingin menyentuh tentang orang-orang Islam yang hadir ke majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka. Difahamkan bahawa orang-orang Islam yang hadir, terutama ibu-ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa ‘jatuh hati’ dan ‘terhutang budi’. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan.
2)Mengapa karenah birokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat?Semua org yg pernah berurusan dengan hal ini akan ada pengalaman mereka sendiri.Untuk mendapatkan RM200-RM100 pun begitu banyak songehnya..Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah,gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih.Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar...tetapi tiada kesungguhan yg memadai untuk mencari penerima yang layak?
3)Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam.Sebab itu ada hak untuk golongan muallaf.Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini sehingga yang sudah muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat!
4)Bukan sesuatu yang haram untuk seseorg muslim menerima bantuan daripada bukan muslim.Apatah lagi jika mereka dalam kesusahan yang amat.Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.
5)Jika dibincangkan disudut bantuan,pada asanya kita tidak boleh menyalahkan org lain kerana memberikan bantuan.Adalah menjadi hak setiap org untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yg mereka mahu.Selagi mengikut peraturan dan undang2,seseorg boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa.Janganlah jika kita gagal membantu,sedangkan kita mampu...kita menyalahkan org lain yang membantu..
6)Setiap org akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya.Itu fitrah manusia.Jika dia lemah iman,mungkin agamanya juga diserahkan.Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik,itu sesuatu yang tidak pelik.Namun yang pelik,bagaimana dalam negara Islam,umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat muslim.Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain.Apakah slogan-slogan agama kita selama ini hanya seperti lipstick untuk mencantikkan bibir..lame2 akan pudar?
Maka banyak persoalan perlu masyarakat muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan org lain.Tabiat menuding jari kepada org lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!

5 comments:
superb bro... best bro.. yeah , you ar rite..sokong2 :)
cayalah bro...mmg bila difikirkan balik mmg betul...
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): wahai orang-orang kafir!(1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.(2)Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.(3) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.(4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.(5)Bagi kamu agama kamu dan bagi aku agamaku.(6)
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan)yang demikiian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan)dari Allah dalam sesuatu apapun , kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu)dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyeksa kamu)dan kepada Allah jualah tempat kembali.(28) surah Al-Emran
yup.. true.. sometime, wonder gak dorg ni mkn gaji bute ke
Post a Comment